assalamualaikum.....

HARI ini melakar sejarah bukan untuk Malaysia tetapi melakar sejarah buat diri sendiri....tiba tiba sahaja tangan ini menggapai toshiba ku dan jari jemari terus meng'exercises' di atas keyboard......hemmm pelik... semangat apakah yg telah meniup ke dalam diriku untuk membuatkan aku terus bertaan di key board ku ini...hem adakah semangat 2011?? Tidak sama sekali...memandgkan sekejap sahaja lagi akan tiba 2012..Nak kata sekadar untuk suka suka memang tidak ada padaku kerana memang diriku akui yang aku bukanlah sang pencinta BLOG...Mungkin keinginan untuk memiliki blog sendiri terilham dek kerana di atas permintaan serta pertanyaan di kalangan sahabiah ku...walaupun diriku ini akan bergelar sebagai seorang programmer tak lama lagi(InsyaAllah) namun disudut hatiku teramat jauh untuk berkawan dengan 'BLOG'..Setengah orang mengatakan not up to date sekiranya seseorang tidak mempunyai blog,facebook,skype,twitter and segala macam laman sesawang..di zaman serba canggih ini...but i dont care about it..hemm Facebook? Aku mula 'berkawan' dengan FB itupun setelah berada di sem 2 di universiti...dan blog ini pula baru saat ini terasa untuk memiliki dan istiqamah untuk 'bersahabat' dengan BLOG....Jadi alang alang diriku dah mula mempunyai BLOG jadi apa yang ada pada BLOG ku ini??? Kalu nak tahu layarilah selalu....insyaAllah sama sama kita manfaatkan bersama....

Thursday, 14 July 2011

Monday, 27 June 2011

SEANDAINYA....



        SELEPAS menunaikan solat zohor terdetik di HATI ini untuk memPOST tajuk yang saya fikir ramai yang tertanya tanya selama ini. Diriku bukanlah seorang ustazah yang mendapat pendidikan dari Al-Azhar tapi diriku ini hanyalah seorang yang sentiasa INGIN TAHU.....Sekarang kalau kita tengok tv agak menyakitkan HATI mana tidaknya ISU BERSIH sentiasa diwar warkan di media...Sehinggakan mengeluarkan air mataku....SAKIT HATI!!! Lihat sahaja berita semalam dimana ramai yang ditangkap apabila memakai baju BERSIH walhal mengapa tidak ditangkap mereka yang BERPAKAIAN SEKSI TERDEDAH SANA SINI, mengapa tidak DITAHAN mereka yang MEMBONCENG motor sesama bukan MAHRAM ??? Tapi sebaliknya mereka yang berpakaian BERSIH pula ditangkap... Astaghfirullah...... Di mana nila nilai keislaman mereka ...... SEANDAiNYA umat manusia yang lahir dalam ISLAM bisa menilai dari kaca hati tentu mereka dapat menilai yang mana BAIK dan BURUK..... perkara ke dua yang sentiasa saya harapkan seandainya mereka yang hidup dalam jemaah BERSATU PADU untuk memangkah Parti Islam Se-Malaysia kemungkinan besar negara kita akan dipegang oleh KHALIFAH yang melaksanakan HUKUM ISLAM...Sungguh sedih hati saya apabila sukarnya untuk bersatu padu...Membawa perjuangan yang sama tapi....... Dari kaca mataku ini mengapa tidak jemaah lain mengundi PAS sewaktu pilihanraya adalah kerana EGO yang ada pada individu tersebut.... Bagaimana hendak membentuk negara ISLAMIAH seandainya tidak menyokong PAS padahal dengan cara itu ianya sedikit sebanyak dapat membantu membangunkan NEGARA ISLAM... kenapa saya berkata demikian? ini kerana PAS telah bertapak dalam bidang politik dimana terdapatnya sistem mengundi yang diamalkan oleh negara kita tiada politik usah dimimpikan untuk mengembalikan kehidupan sprt zaman Baginda..kita kena akui bahawa Waqi' negara kita adalah dengan berpolitik bukan dengan mengangkat senjata mahupun membawa kepada pembunuhan baru dapat hak untuk memimpin NEGARA.....sungguh tidakku MENGERTI pemikiran yang ada pada individu2 tertentu.....Atau mungkinkah disebabkan ingin mengejar menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang?????? Subhanallah.....selepas muktamar PAS 57 dengan melaksanakan KE ARAH NEGARA BERKEBAJIKAN, menjadi isu TOP dan sungguh ramai sekali yang memanipulasikan perlaksanaan ini.....teringat satu firman

“Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.”

Benarlah kata Khadijah Radiallahu anha, ketika Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pulang dari Gua Hira’, Nabi Sallallahu alaihi wasallam sebelumnya adalah seorang yang prihatin dan berkebajikan kepada kaum keluarga dan orang miskin. Begitu pula setelah menerima Islam dan menjadi Nabi, maka baginda tetap meneruskan amalan kebajikan dan berkhidmat untuk semua orang, malah diteruskan dengan lebih cemerlang dan terarah.

Saya sentiasa mengidamkan agar seluruh jemaah yang berada di Malaysia bergabung tenaga dan berkerjasama dengan PAS atas alasan "HALATUJU UNTUK MEMBENTUK NEGARA ISLAMIAH ADALAH DENGAN SEKEPING KERTAS"

-nukilan-

"BUATLAH PENILAIAN DENGAN SUDUT HATI"


Sunday, 12 June 2011

INDAHNYA SEMALU ITU

Apakah yang ingin dipostkan oleh ku kali ini? Semalu..pelik je bunyi tu kan....Hanya sekadar perkongsian mungkin ada dikalangan kalian yang suka dengan 'semalu' ini dan mungkin juga tidak suka dengan entri ku kali ini...biasalah kan lumrah kehidupan ada yang positive dan ada yang negatif...Disini saya menyelitkan kisah seorang hamba Allah ini yang boleh dikaitkan dengan 'semalu' ini..Semenjak di alam persekolahan lagi hamba ini berkawan dengan semalu...Bahkan kemana sahaja dia pergi, dimana sahaja dia berada mesti dibawanya semalu ini..Perkenalan antaranya dengan semalu berlaku secara tiba tiba malah makin seronok pula berkawan dengan semalu ini namun dibalik kesukaan yang dia rasakan ada juga orang disekelilingnya yang tidak senang hati dengan sikapnya ini..Mereka tidak faham apa yang dilalui oleh hamba Allah ini malah mereka juga tidak bisa merasakan apa yang dirasakan oleh hamba Allah ini..HATI hanya ALLAH sahaja yang 
tahu...Dipanjangkan lagi kisah, hamba Allah ini kadang kadang amat tertekan dengan sikapnya yang sering membawa semalu dimana sahaja berada baik di shopping complex, bersiar siar malah kemana sahajalah pasti dibawa semalu ini..tertekan bukan disebabkan tak ingin berkawan dengan semalu tetapi tertekan dengan keadaan persekitaran..Dipendekkan cerita bila menempuh kehidupan di alam universiti, sedikit demi sedikit perasaan ingin berjauhan dengan semalu ini semakin membara.Bukan untuk membuang semalu itu terus dari kehidupan hamba Allah ini tetapi hanya sedikit.Supaya ruang confidential dalam diri melebihi semalu ini..Dengan baki yang masih panjang lagi hamba Allah ini berada di universiti sedikit demi sedikit dia bisa membina keyakinan dalam diri untuk bersuara namun tidak sepenuhnya kerana masih terselitnya semalu ini di dalam hatinya..Dek kerana kehidupan universitilah yang penuh dengan program sana sini yang membuatkan diri hamba Allah ini terus membina keyakinan untuk bersuara lebih lebih lagi hamba Allah ini juga yang turut terlibat dalam merancangkan sesuatu program walaupun hakikatnya masih ingin berkawan dan bercinta dengan semalu.Bukankah benar hadits Baginda yang diriwayatkan oleh Imran bin Husaini ra., ia berkata: 
Nabi saw. pernah bersabda: 


“Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”

Milikilah sifat malu wahai para muslimah.....

NILAI SEBUAH AL QURAN DARI SEORANG ANAK BUAT IBU BAPA MEREKA



Sebut tentang Al-Quran ramai yang mengenalinya, rmai yang pernah melihatnya, ramai yg pernah menyentuhnya. tapi x bermakna mereka semua faham termasuk juga diri saya sendiri yang tak bisa untuk memahami kesemua 30 juzuk al quran namun tidak mustahil untukku bergelar sebagai seorang hafizah  selagi kita berusaha untuk memahami keseluruhan isi kandungan dengan izin, Allah permudahkan......Seperti yang kita ketahui Al-Quran adalah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril.Kitab inilah menjadi panduan seluruh umat islam agar tidak tersesat.Walaupun kita akui bahawa kehidupan kita teramat jauh sekali dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w tetapi dengan adanya Al-Quran ini Furqan inilah satu satunya kompas hidup kita...Teringat akan hadis Baginda dimana 

Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku

Alhamdulillah hari ini Allah masih memelihara kita Allah masih memberi ruang kenikmatan untuk kita merasainya.Alangkah ruginya manusia itu sekiranya tidak menjadikan al-quran sebagai panduan untuk hidup di zaman yang serba canggih zaman yang penuh dengan godaan sana sini..Bersyukurlah kita kerana telah ditinggalkan dua perkara al-quran dan as-sunnah..tidak bolehku bayangkan bagaimana sekiranya tidak ada al-quran mesti hidup kucar kacir.Mungkin sukar untuk kita memahami ayat ayat Allah kerana kita bukan seorang Nabi namun tidak sukar untuk kita menjadi seorang hafiz mahupun hafizah insyaAllah..Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi perlu difahami akan maknanya.Betapa Pemurah nya Allah s.w.t kepada hambanya kerana dengan hanya 1 huruf Allah memberikan 10 kebajikan kepada hambaNya..masyaAllah...Perlukah lagi kita sebagai hamba Allah ini 'berkira kira' dengan Allah? Sungguh bertuahlah seorang ayah dan ibunya di akhirat kelak sekiranya mempunyai anak yang sentiasa membaca al quran..mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu..teringat akan kisah seorang hamba Allah yang semakin popular di kaca tv seorang dimana beliau seorang yang pandai yang bercita cita untuk menjadi seorang doktor akhirnya niat untuk meneruskan pelajaran di bidang kedoktoran setelah terbaca sebuah hadith sewaktu ingin mengulangkaji pelajaran dimana beliau tersentuh hati apabila membaca hadith yang berbunyi

"Barangsiapa yang menghafaz al-Quran, nescaya Allah akan memakaikan ibu bapanya di akhirat kelak dengan mahkota yang begitu indah dan bersinar cahayanya melebihi cahaya matahari yang menyinari dunia" 

Dengan hadits inilah yang membuatkan beliau tersentap di lubuk hatinya.Dan kini beliau berjaya menjadi seorang hafizah.Ternyata hebat kuasa Allah yang tiada tandinganNya.Jadi duhai anak-anak di luar sana tanamkanlah azam untuk menjadi seorang hafiz mahupun hafizah agar kita bisa memakaikan MAHKOTA kepada kedua orang tua ku

AL-QURAN KITAB SUCI ALLAH

BERUBAH SEKARANG ATAU ' KARANG '

Bila sebut tentang berubah ramai yang ingin berubah tak ada seorang pun yang tak ingin dirinya berubah meskipun kehidupannya dulu dipenuhi dengan warna warna jahiliah kepada kehidupan yang lebih tenang dan damai...Bila masuk sahaja tahun baru mulalah ramai yang berkobar kobar menanam semangat baru....Semangat Tahun Baru lah katakan...Bukan tak bagus tapi betullah apa yang mereka azamkan...moga moga apa yang diazamkan itu terlaksana dengan izinNya...Tapi dalam ramai ramai manusia masih ada lagi segelintir masyarakat kita yang masih tak ingin berubah lagi lagi umat ISLAM mereka teramatlah suka dengan kehidupan jahiliah mereka...Setengah mereka masih mampu berkata "masa masih panjang lagi ENJOY lah dulu" ada juga mereka yang mengatakan "hidayah belum sampai lagi"..Teringat akan firmanNya  


yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" (ar-ra'd ayat 11)

Begitu mendalam maksud yang diterjemahkan melalui kalam suci ALLAH ini....subhanallah.....sungguh memalukan mereka yang masih menidakkan ayat suci ini....Sungguh tersentap hati ini bila mendengar suara suara yang mengatakan hidayah belum sampai seolah olah mereka mempersendakan dan mempermainkan agama....Bagaimana hidayah ALLAH itu akan sampai sekiranya kita yang tidak berusaha untuk mencari sinar HidayahNya...Hidayah itu tidak mungkin akan jatuh bergolek..Hidayah itu perlu dicari..Hidayah itu juga bukan boleh dijual beli kerana Hidayah itu Milik Allah..

Ayuh wahai pemuda/di diluar sana..Rahmat Allah itu sungguh terbentang Luas...Bergantung kepada diri kita sendiri samada ingin mengejarny ataupun sebaliknya....Cuba kita lihat kehidupan rama rama bermulanya khidupan dari 

Kepompong --------> Ulat sutera --------> Rama Rama  

Sungguh cantikkan bila kita melihat seekor rama yang penuh warna warni ditubuhnya..Begitulah juga manusia seandainya kita ingin dilihat mahupun dipandang ' cantik ' oleh jutaan manusia  
BERUBAHLAH SEKARANG BUKAN KARANG....

CHANGE IS GOOD