assalamualaikum.....

HARI ini melakar sejarah bukan untuk Malaysia tetapi melakar sejarah buat diri sendiri....tiba tiba sahaja tangan ini menggapai toshiba ku dan jari jemari terus meng'exercises' di atas keyboard......hemmm pelik... semangat apakah yg telah meniup ke dalam diriku untuk membuatkan aku terus bertaan di key board ku ini...hem adakah semangat 2011?? Tidak sama sekali...memandgkan sekejap sahaja lagi akan tiba 2012..Nak kata sekadar untuk suka suka memang tidak ada padaku kerana memang diriku akui yang aku bukanlah sang pencinta BLOG...Mungkin keinginan untuk memiliki blog sendiri terilham dek kerana di atas permintaan serta pertanyaan di kalangan sahabiah ku...walaupun diriku ini akan bergelar sebagai seorang programmer tak lama lagi(InsyaAllah) namun disudut hatiku teramat jauh untuk berkawan dengan 'BLOG'..Setengah orang mengatakan not up to date sekiranya seseorang tidak mempunyai blog,facebook,skype,twitter and segala macam laman sesawang..di zaman serba canggih ini...but i dont care about it..hemm Facebook? Aku mula 'berkawan' dengan FB itupun setelah berada di sem 2 di universiti...dan blog ini pula baru saat ini terasa untuk memiliki dan istiqamah untuk 'bersahabat' dengan BLOG....Jadi alang alang diriku dah mula mempunyai BLOG jadi apa yang ada pada BLOG ku ini??? Kalu nak tahu layarilah selalu....insyaAllah sama sama kita manfaatkan bersama....

Sunday, 12 June 2011

INDAHNYA SEMALU ITU

Apakah yang ingin dipostkan oleh ku kali ini? Semalu..pelik je bunyi tu kan....Hanya sekadar perkongsian mungkin ada dikalangan kalian yang suka dengan 'semalu' ini dan mungkin juga tidak suka dengan entri ku kali ini...biasalah kan lumrah kehidupan ada yang positive dan ada yang negatif...Disini saya menyelitkan kisah seorang hamba Allah ini yang boleh dikaitkan dengan 'semalu' ini..Semenjak di alam persekolahan lagi hamba ini berkawan dengan semalu...Bahkan kemana sahaja dia pergi, dimana sahaja dia berada mesti dibawanya semalu ini..Perkenalan antaranya dengan semalu berlaku secara tiba tiba malah makin seronok pula berkawan dengan semalu ini namun dibalik kesukaan yang dia rasakan ada juga orang disekelilingnya yang tidak senang hati dengan sikapnya ini..Mereka tidak faham apa yang dilalui oleh hamba Allah ini malah mereka juga tidak bisa merasakan apa yang dirasakan oleh hamba Allah ini..HATI hanya ALLAH sahaja yang 
tahu...Dipanjangkan lagi kisah, hamba Allah ini kadang kadang amat tertekan dengan sikapnya yang sering membawa semalu dimana sahaja berada baik di shopping complex, bersiar siar malah kemana sahajalah pasti dibawa semalu ini..tertekan bukan disebabkan tak ingin berkawan dengan semalu tetapi tertekan dengan keadaan persekitaran..Dipendekkan cerita bila menempuh kehidupan di alam universiti, sedikit demi sedikit perasaan ingin berjauhan dengan semalu ini semakin membara.Bukan untuk membuang semalu itu terus dari kehidupan hamba Allah ini tetapi hanya sedikit.Supaya ruang confidential dalam diri melebihi semalu ini..Dengan baki yang masih panjang lagi hamba Allah ini berada di universiti sedikit demi sedikit dia bisa membina keyakinan dalam diri untuk bersuara namun tidak sepenuhnya kerana masih terselitnya semalu ini di dalam hatinya..Dek kerana kehidupan universitilah yang penuh dengan program sana sini yang membuatkan diri hamba Allah ini terus membina keyakinan untuk bersuara lebih lebih lagi hamba Allah ini juga yang turut terlibat dalam merancangkan sesuatu program walaupun hakikatnya masih ingin berkawan dan bercinta dengan semalu.Bukankah benar hadits Baginda yang diriwayatkan oleh Imran bin Husaini ra., ia berkata: 
Nabi saw. pernah bersabda: 


“Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”

Milikilah sifat malu wahai para muslimah.....

No comments:

Post a Comment