Sebut tentang Al-Quran ramai yang mengenalinya, rmai yang pernah melihatnya, ramai yg pernah menyentuhnya. tapi x bermakna mereka semua faham termasuk juga diri saya sendiri yang tak bisa untuk memahami kesemua 30 juzuk al quran namun tidak mustahil untukku bergelar sebagai seorang hafizah selagi kita berusaha untuk memahami keseluruhan isi kandungan dengan izin, Allah permudahkan......Seperti yang kita ketahui Al-Quran adalah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril.Kitab inilah menjadi panduan seluruh umat islam agar tidak tersesat.Walaupun kita akui bahawa kehidupan kita teramat jauh sekali dengan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w tetapi dengan adanya Al-Quran ini Furqan inilah satu satunya kompas hidup kita...Teringat akan hadis Baginda dimana
Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku
Alhamdulillah hari ini Allah masih memelihara kita Allah masih memberi ruang kenikmatan untuk kita merasainya.Alangkah ruginya manusia itu sekiranya tidak menjadikan al-quran sebagai panduan untuk hidup di zaman yang serba canggih zaman yang penuh dengan godaan sana sini..Bersyukurlah kita kerana telah ditinggalkan dua perkara al-quran dan as-sunnah..tidak bolehku bayangkan bagaimana sekiranya tidak ada al-quran mesti hidup kucar kacir.Mungkin sukar untuk kita memahami ayat ayat Allah kerana kita bukan seorang Nabi namun tidak sukar untuk kita menjadi seorang hafiz mahupun hafizah insyaAllah..Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca tetapi perlu difahami akan maknanya.Betapa Pemurah nya Allah s.w.t kepada hambanya kerana dengan hanya 1 huruf Allah memberikan 10 kebajikan kepada hambaNya..masyaAllah...Perlukah lagi kita sebagai hamba Allah ini 'berkira kira' dengan Allah? Sungguh bertuahlah seorang ayah dan ibunya di akhirat kelak sekiranya mempunyai anak yang sentiasa membaca al quran..mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu..teringat akan kisah seorang hamba Allah yang semakin popular di kaca tv seorang dimana beliau seorang yang pandai yang bercita cita untuk menjadi seorang doktor akhirnya niat untuk meneruskan pelajaran di bidang kedoktoran setelah terbaca sebuah hadith sewaktu ingin mengulangkaji pelajaran dimana beliau tersentuh hati apabila membaca hadith yang berbunyi
"Barangsiapa yang menghafaz al-Quran, nescaya Allah akan memakaikan ibu bapanya di akhirat kelak dengan mahkota yang begitu indah dan bersinar cahayanya melebihi cahaya matahari yang menyinari dunia"
Dengan hadits inilah yang membuatkan beliau tersentap di lubuk hatinya.Dan kini beliau berjaya menjadi seorang hafizah.Ternyata hebat kuasa Allah yang tiada tandinganNya.Jadi duhai anak-anak di luar sana tanamkanlah azam untuk menjadi seorang hafiz mahupun hafizah agar kita bisa memakaikan MAHKOTA kepada kedua orang tua ku
AL-QURAN KITAB SUCI ALLAH

No comments:
Post a Comment