SELEPAS menunaikan solat zohor terdetik di HATI ini untuk memPOST tajuk yang saya fikir ramai yang tertanya tanya selama ini. Diriku bukanlah seorang ustazah yang mendapat pendidikan dari Al-Azhar tapi diriku ini hanyalah seorang yang sentiasa INGIN TAHU.....Sekarang kalau kita tengok tv agak menyakitkan HATI mana tidaknya ISU BERSIH sentiasa diwar warkan di media...Sehinggakan mengeluarkan air mataku....SAKIT HATI!!! Lihat sahaja berita semalam dimana ramai yang ditangkap apabila memakai baju BERSIH walhal mengapa tidak ditangkap mereka yang BERPAKAIAN SEKSI TERDEDAH SANA SINI, mengapa tidak DITAHAN mereka yang MEMBONCENG motor sesama bukan MAHRAM ??? Tapi sebaliknya mereka yang berpakaian BERSIH pula ditangkap... Astaghfirullah...... Di mana nila nilai keislaman mereka ...... SEANDAiNYA umat manusia yang lahir dalam ISLAM bisa menilai dari kaca hati tentu mereka dapat menilai yang mana BAIK dan BURUK..... perkara ke dua yang sentiasa saya harapkan seandainya mereka yang hidup dalam jemaah BERSATU PADU untuk memangkah Parti Islam Se-Malaysia kemungkinan besar negara kita akan dipegang oleh KHALIFAH yang melaksanakan HUKUM ISLAM...Sungguh sedih hati saya apabila sukarnya untuk bersatu padu...Membawa perjuangan yang sama tapi....... Dari kaca mataku ini mengapa tidak jemaah lain mengundi PAS sewaktu pilihanraya adalah kerana EGO yang ada pada individu tersebut.... Bagaimana hendak membentuk negara ISLAMIAH seandainya tidak menyokong PAS padahal dengan cara itu ianya sedikit sebanyak dapat membantu membangunkan NEGARA ISLAM... kenapa saya berkata demikian? ini kerana PAS telah bertapak dalam bidang politik dimana terdapatnya sistem mengundi yang diamalkan oleh negara kita tiada politik usah dimimpikan untuk mengembalikan kehidupan sprt zaman Baginda..kita kena akui bahawa Waqi' negara kita adalah dengan berpolitik bukan dengan mengangkat senjata mahupun membawa kepada pembunuhan baru dapat hak untuk memimpin NEGARA.....sungguh tidakku MENGERTI pemikiran yang ada pada individu2 tertentu.....Atau mungkinkah disebabkan ingin mengejar menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang?????? Subhanallah.....selepas muktamar PAS 57 dengan melaksanakan KE ARAH NEGARA BERKEBAJIKAN, menjadi isu TOP dan sungguh ramai sekali yang memanipulasikan perlaksanaan ini.....teringat satu firman
“Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.”
Benarlah kata Khadijah Radiallahu anha, ketika Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pulang dari Gua Hira’, Nabi Sallallahu alaihi wasallam sebelumnya adalah seorang yang prihatin dan berkebajikan kepada kaum keluarga dan orang miskin. Begitu pula setelah menerima Islam dan menjadi Nabi, maka baginda tetap meneruskan amalan kebajikan dan berkhidmat untuk semua orang, malah diteruskan dengan lebih cemerlang dan terarah.
Saya sentiasa mengidamkan agar seluruh jemaah yang berada di Malaysia bergabung tenaga dan berkerjasama dengan PAS atas alasan "HALATUJU UNTUK MEMBENTUK NEGARA ISLAMIAH ADALAH DENGAN SEKEPING KERTAS"
-nukilan-
"BUATLAH PENILAIAN DENGAN SUDUT HATI"

jemaah lain memangkah PAS? ada jawapannya yg x mungkin boleh difahami jika ditulis di blog.
ReplyDeletenegara berkebajikan? suatu kenyataan seorang ulama bernama haji hadi yg x boleh dimaafkan. sanggup mengubah dasar dari negara islam kepada negara kebajikan hanya kerana maslahat, yakni kerana bersekongkol dgn parti kufur DAP dan parti sekular PKR
mana dasar PAS? kalau PAS perjuangkan negara kebajikan, PAS sama je dgn UMNO
akui agak sukar untuk diterjemahkan mahupn u difahami dengan hanya coretan dlm blog.....pd diri ini sentiasa inginkan agar jemaah lain bersatu serta berganding tenaga u tegakkan islam....prnah saya ketemu dgan ahli2 yg fikrah nyer tidak sehaluan dengan pas as HT,Abim dss.....xtahu dimana silapnya....mengenai negara berkebajikan pula...Allah tidak mlarang hambanya yg ingin melaksanakan kebajikan malah dialu-alukan...cumanya saya rasa awak kna fham dulu n dpt bezakan antara negara berkebajikan dan negara kebajikan atau dlm englishnya Welfare State dan State’s Welfare’ ...perbezaan yg amat jauh...kalau kita singkap zaman Rasululluah ad kisah2 y terpalit mengenai cara dakwah Nabi...Allah pun ad mengatakan "Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimua. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” Bukan bermakna negara berkebajikan, PAS akan meninggalkan matlamat yang sebenar benarnya...matlamat yg ingin dicapai masih sama mendaulatkan negara islam.....tapi kna tgok jugak la waqi d negara kita skang....sama gak kalau nak menang keseluruhan Malaysia senang ajer pergi daftar undi dan undi...spt yg dikatakan waqi sekarang berbeza dengan waqi zaman dahulu....kalau zaman Nabi politik nyer ada tp tiada sistem pangkah memangkah....PAS xsama dengan mana mana pihak pun....apatah lagi UMNO....mungkin awak kna lebih wat research....INGAT!!ISLAM bukan hanya pad JENAMA...Apa yang penting adalah pelaksanaan Negara Berkebajikan oleh PAS. Jika letak jenama saja tanpa pelaksanaan, maka tiada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan berdasarkan apa termaktub di dalam Al-Quran yang tidak menyebut negara Islam, tetapi disebut Negara Berkebajikan yang menunjukkan ianya diiktiraf dalam Islam walaubagaimanapun saya raikan pandangan serta kritikan anda...
ReplyDelete